[vc_row][vc_column][vc_column_text]20 Okt 2021- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan 445 set makanan asasi kepada 445 pengusaha bas sekolah di bawah Persatuan Bas Sekolah Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM44,500.

Antara makanan asasi yang diagihkan ialah beras, minyak, tepung, gula dan pelbagai lagi dengan nilai RM100 bagi setiap satu set.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh En. Abdul Latiff bin Yaakup Eksekutif Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK kepada En. Hassan Bin Jusoh, disaksikan oleh Puan Siti Zaharullail Bt Mohd Isa Setiausaha PBSSPKL.

Selian itu, pada hari ini turut disampaikan sumbangan fidyah kepada 225 penerima yang terkesan akibat COVID-19 sekitar Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam menjadikan jumlah keseluruhan penerima agihan sumbangan fidyah hari ini sebanyak 670 penerima bernilai RM67,000.

Semoga bantuan yang diagihkan ini dapat meringankan pengusaha-pengusaha bas sekolah dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah layari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6446″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6448″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6447″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6451″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor