[vc_row][vc_column][vc_column_text]22 Oktober 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap meneruskan penyaluran bantuan kepada mereka yang terputus pendapatan di sekitar Petaling, Sepang dan Hulu Langat hari ini.

Seramai 586 keluarga menerima bantuan berjumlah RM58,600. Mereka menerima bantuan berbentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, gula bernilai RM100 setiap penerima menggunakan peruntukkan dana fidyah MAIS.

Bagi melancarkan pengagihan sumbangan, 17 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada Persatuan Kebajikan Kasih Wanita Islam Selangor (PEKASIH), KAFAI Bukit Belimbing, Surau Al Yaqeen, KAFAI Manbaul Ulum, Surau Al Munir, SRA Desa Putra, KAFAI Ar Irshad bagi membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenalpasti.

Daripada 586 keluarga itu, seramai 267 adalah bagi daerah Petaling, 29 daerah Sepang dan 290 daerah Hulu Langat.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada RSAFM yang banyak membantu dalam mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan terutamanya di kala PKP ini.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6456″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6459″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6458″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6460″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor