[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 27 Oktober – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) menyerahkan dividen, zakat perniagaan dan sumbangan wakaf berjumlah RM116,550.25 di sini hari ini.

Dividen bagi tahun 2020 berjumlah RM53,550.25 diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Md Yusof selaku Pengerusi TERAS kepada YBhg. Dr. Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS. Penyerahan disaksikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

TERAS turut menyerahkan zakat perniagaannya kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun berakhir 2020 berjumlah RM38,000.00 dan penyerahan sumbangan wakaf kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berjumlah RM25,000.00.

Sementara itu, turut disampaikan bantuan suntikan modal perniagaan kepada sepuluh orang usahawan yang terkesan COVID-19. Sumbangan ini adalah dari Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) dengan kerjasama TERAS berjumlah keseluruhan RM1,400,000.00. Dianggarkan seramai 651 penerima bakal menerima suntikan modal sebanyak RM2,000.00 setiap seorang.

TERAS merupakan agensi MAIS yang berperanan bertanggungjawab membangun, mengurus dan mengawal pembangunan usahawan asnaf di Negeri Selangor

Semoga TERAS terus menjalankan tanggungjawab dengan baik dan dapat menjadi contoh kepada agensi negeri Selangor.

Turut hadir Dato’ Bakhtiar bin Hussin Pengerusi YIDE, Tn. Haji Saipolyazan bin Mat Yusof Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Dato’ Mohammad bin Yacob Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim Pengurus Besar TERAS.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6493″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6495″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6494″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6496″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor