[vc_row][vc_column][vc_column_text]SABAK BERNAM, 18 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan terus memperkenalkan program yang dapat memberi manfaat kepada golongan asnaf riqab antaranya adalah pelatih-pelatih di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.

Pelbagai program diterjemahkan bagi tahun 2021 kepada pelatih terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan selain pelbagai bantuan lain agar golongan terbabit kembali ke pangkal jalan.

Bagi memberikan penghargaan kepada pelatih-pelatih yang telah berjaya dalam bidang kemahiran dan fardu ain, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS telah menganjurkan Hari Kecemerlangan Penghuni Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di mana penganjurannya pada tahun ini merupakan kali ke-13 semenjak ia diperkenalkan.

Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan menyuntik semangat kepada pelatih supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan, di samping memberi dorongan dan keyakinan untuk berjaya dalam bidang akademik walaupun berada di dalam pusat perlindungan. Selain itu, penghargaan ini memberi peluang kepada mereka untuk membentuk sahsiah diri supaya menjadi insan lebih sempurna dan cemerlang.

Seramai 18 orang pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah menerima anugerah meliputi kategori Anugerah Terbaik dan Anugerah Sahsiah & Kepimpinan. Penghargaan ini turut diberikan kepada guru pembimbing sebanyak 20 orang yang menjadi tunjang utama kepada kejayaan pelatih-pelatih di sini.

Sementara itu, dalam majlis yang sama turut diadakan upacara perasmian dewan baru Baitul Ehsan bagi kegunaan pelatih-pelatih di sini yang disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah, Pengerusi Lembaga Pelawat, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan merupakan pusat perlindungan di bawah Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS yang memberi perkhidmatan, perlindungan, pemulihan, kaunseling dan latihan yang dinamik terhadap wanita yang terdedah kepada gejala sosial selaras dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6549″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6551″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6550″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6552″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor