PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS KUNJUNGI BANK RAKYAT: Perkongsian Ilmiah Berkaitan Risiko dan Pematuhan


KUALA LUMPUR, 19 November–Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan lawatan ilmiah ke Bank Rakyat Malaysia Berhad di sini bertujuan berkongsi pengalaman berkaitan Risiko dan Pematuhan.

Delegasi dari MAIS seramai 11 orang diketuai oleh Setiausaha MAIS, Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, disambut baik oleh Pengurusan Tertinggi Bank Rakyat Malaysia Berhad yang diketuai oleh Jufree Soaidin@Djuhari, Relief Chief of Compliance.

Dr. Hj. Ahmad Shahir mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Bank Rakyat Malaysia Berhad yang menerima lawatan dari MAIS.

“Semoga dengan program ini akan dapat mengeratkan silaturahim antara MAIS dan Bank Rakyat seterusnya dapat berkongsi pengalaman untuk pemerkasaan terutamanya berkaitan Pengurusan Risiko dan Pematuhan.”

Beliau turut mengucapkan tahniah terhadap perkembangan positif Bank Rakyat sebagai perbankan syariah.

“Tahniah kepada Bank Rakyat yang telah berkembang maju sebagai salah satu perbankan syariah terawal di Malaysia sehinggakan berjaya mempunyai bangunan berkembar sendiri,” ujarnya.

Melalui lawatan ini juga diharapkan dapat menjalinkan hubungan kerjasama serta ruang peluang meningkatkan hasil dan manfaat bersama, ujar Dr. Ahmad Shahir lagi.

Turut hadir Tn Hj Rosli bin Rasol, Anggota Jawatankuasa Tadbir Urus dan Pencalonan

merangkap Penasihat Risiko dan Pematuhan MAIS, Puan Norzaihan Mohd Zain, Pengarah Kewangan MAIS, Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid Pengarah Baitulmal MAIS dan Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.