[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 23 November – Rumah Perlindungan & Pemulihan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima sumbangan Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM150,000.00 di sini hari ini.

Sumbangan diberikan kepada 30 Rumah Perlindungan dan Pemulihan di bawah MAIS dengan setiap penerima menerima sumbangan cek bernilai RM5,000.00 bagi tujuan meningkatkan motivasi kepada pengusaha-pengusaha rumah pemulihan dalam menyantuni golongan asnaf riqab.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Berhormat Mohd Khairuddin Othman, Exco Pembangunan Generasi Belia & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dalam Majlis Santuni Rumah Perlindungan/Pemulihan & Kebajikan Selangor.

Sementara itu, dalam ucapan Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Suhaimi Ismail berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas sumbangan yang diberikan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan asnaf riqab.

“Semoga sumbangan yang diberikan menjadi suntikan semangat kepada semua Pengusaha dan Pengurus Rumah Pemulihan dan Perlindungan untuk meneruskan bakti serta keringat dalam memastikan golongan asnaf riqab terus terpelihara,” katanya.

Antara penerima sumbangan adalah Rumah Kebajikan Darul Lil Banat, Pertubuhan Usrah Fitrah, Pusat Jagaan Amal Hasanah, Rumah Puteri Arafiah, Pusat Pemulihan Baitul Islah, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Muhammad Zulhusni Abdul Rashid, Ketua Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS dan Siti Azrah Mohd Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6577″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6579″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6578″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6580″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor