[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 25 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganjurkan Persidangan Pendaftar-Pendaftar Muallaf bagi tahun 2021 secara atas talian hari ini.

Persidangan setengah hari itu dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf MAIS bertujuan menambahbaik pengurusan pendaftaran muallaf terutama dari aspek pengislaman dan kes-kes yang melibatkan pengesahan status agama di mahkamah.

Seramai 68 orang peserta terlibat dalam Persidangan secara atas talian ini antaranya ialah pendaftar-pendaftar muallaf di Negeri Selangor, Pegawai Tadbir Agama di setiap daerah Selangor dan Pusat-Pusat Pengurusan PengIslaman MAIS iaitu Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), masjid dan pusat pengajian Islam IPTA yang terlibat.

Sebanyak lima kertas kerja yang dibentangkan sepanjang persidangan berlangsung antaranya ialah Transformasi Pengurusan Pendaftaran Muallaf MAIS dalam Era Digitalisasi yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS,

Diikuti dengan pembentangan ke dua bertajuk Pengurusan Jenazah Muallaf Tidak Berdaftar: Hukum dan Pelaksanaan Menurut Imbangan Maqasid Syari’yyah oleh SS Dato’ Haji Anhar bin Opir, SS Dato’ Setia Mufti Selangor dan diteruskan dengan tiga tajuk pembentangan berkaitan Pengurusan Jenazah Muallaf Tidak Berdaftar oleh pembentang yang lain.

Turut dibentangkan tajuk Isu dan Cabaran Perudangan Terkini Berhubung Dengan Pengislaman dan Muallaf.

Melalui persidangan ini diharapkan akan menghasilkan beberapa resolusi bersama untuk tindakan semua pusat pengurusan pengIslaman MAIS yang dibacakan oleh Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS di akhir sesi.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6585″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6586″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor