[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 1 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM491,000.00 kepada 81 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang berdaftar di bawah MAIS.

Sumbangan diberikan berdasarkan komitmen pertubuhan dalam menangani isu semasa ummah yang melibatkan kepentingan Islam selain diukur mengikut Penilaian Prestasi Keberkesanan Laporan Program PIBK MAIS bagi tempoh Januari sehingga Jun 2021.

“Semoga pemberian ganjaran ini akan mendorong semua PIBK MAIS untuk bersama-sama berganding bahu dalam mempertahankan dan memertabatkan kesucian agama Islam di Negeri Selangor,” kata YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan dilaksanakan semasa Pengerusi MAIS merasmikan Majlis Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan Majlis Penyampaian Ganjaran PIBK MAIS pada Isnin.

Sementara itu, rata-rata PIBK MAIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAIS atas sumbangan yang diberikan.

“Terima kasih atas sumbangan yang diberikan, InsyaAllah, kami akan manfaatkan ganjaran ini ke jalan yang diredha oleh Allah SWT,”katanya.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6607″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor