[vc_row][vc_column][vc_column_text]KUALA SELANGOR, 2 Disember – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan lawatan ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor hari ini.

Lawatan disambut mesra oleh Ustaz Nasrul Hadi Rohani, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Selangor serta pegawai-pegawai yang hadir.

Program bertujuan untuk melihat pengurusan pentadbiran agama Islam terutama di daerah Kuala Selangor di samping berkongsi pengalaman aktiviti dan program yang dilaksanakan di sini.

Antara lain dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas daripada PAID Kuala Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Selangor.

Di akhir program, Pengerusi MAIS dibawa melawat ke Sekolah Rendah Integrasi (SRAI), Mahkamah Rendah Syariah dan Gerai Cendol Borhan.

Turut hadir mengiringi Pengerusi MAIS ialah Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Hadir sama ialah YDH Dato Mohamad Yaacob Dato’ Ismail, Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama yang erat antara MAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah dalam menguruskan pentadbiran agama Islam khususnya di Negeri Selangor.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6597″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6599″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6598″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6600″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor