[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 3 Disember – Majlis Malam Jasamu Dikenang Majlis Agama Islam Selangor 2021 disambut meriah dengan kehadiran mantan Anggota MAIS yang diraikan bersama anggota MAIS, Agensi, Jabatan- Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Anak Syarikat MAIS dan pengurusan tertinggi MAIS.

Majlis yang diadakan ini merupakan majlis penghargaan bagi meraikan jasa dan pengorbanan Mantan Anggota MAIS yang telah berkhidmat bagi tempoh lantikan sesi 2018 – 2020 dan sesi 2021 – 2023.

Seramai lapan orang Anggota MAIS yang diraikan antaranya ialah Sahibul Fadhilah Al-Alim Al-Arif Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid dan YAD Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Dato’ Setia Haji Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj. Turut hadir yang diraikan ialah Prof. Madya Dato’ Haji Mohd Mokhtar Shafie.

Sementara itu, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota MAIS yang telah banyak memberikan sumbangan dan buah fikiran kepada MAIS terutama dalam pengurusan pentadbiran Agama Islam.

“Terima kasih kepada semua Anggota MAIS yang telah banyak membantu dan memberikan sumbangan buah fikiran dalam memertabatkan syiar agama Islam khususnya di Negeri Selangor.

“Sesungguhnya usaha dan pengorbanan Yang Amat Dihormati Tengku dan Yang Berbahagia Dato’-Dato’ adalah sangat bermakna untuk MAIS menjadi lebih baik pada masa akan datang,”katanya.

Turut hadir ialah Yang Amat Dihormati Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Orang Besar Daerah Petaling Merangkap Timbalan Pengerusi MAIS dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6612″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6614″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6613″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6615″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor