[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU SELANGOR, 7 Disember 2021 – Program Turun Padang Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof diteruskan ke sekitar daerah Hulu Selangor bagi mengenalpasti isu berkaitan Hal Ehwal Islam di daerah ini.

Program dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor yang disambut mesra oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Hulu Selangor, Ustaz Mohd Khairi Md. Zainal.

Antara lain dalam lawatan ialah perkongsian taklimat daripada PTA Hulu Selangor berkaitan pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam di daerah Hulu Selangor. Beliau juga mengucapkan rasa terharu dengan kehadiran Pengerusi MAIS ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor yang dianggapnya amat bertuah.

Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau menekankan kepentingan menjaga imej Islam sama ada dari aspek perkhidmatan layanan kepada masyarakat terutama yang melibatkan kesegeraan, infrastruktur dan prasarana.

Dalam majlis yang sama, Pengerusi MAIS turut menyampaikan sumbangan pembelian van jenazah kepada Masjid Sungai Buaya dan sumbangan baik pulih tiga buah musolla perkampungan orang asli di sekitar daerah Hulu Selangor. Sumbangan van jenazah dan baik pulih musolla ini adalah dari Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Di akhir program, Pengerusi MAIS turut melawat ke unit-unit PAID Hulu Selangor, Mahkamah Syariah Hulu Selangor dan Masjid Warisan, Ampang Pecah.

Turut hadir YDM Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah Anggota MAIS, YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar Setiausaha MAIS.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6619″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6621″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6620″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6622″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor