[vc_row][vc_column][vc_column_text]10 Disember 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Harta Baitulmal, MAIS mengadakan lawatan ke Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi, Lembaga Tabung Haji Malaysia.

MAIS disambut baik oleh pihak Tabung Haji Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Ameen SMA Abdul Wahab, Pengurus Besar Digitalisasi Perniagaan menanggung tugas Pengarah Eksekutif Operasi, Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Delegasi MAIS diketuai oleh Ustaz Indera Sharil bin Mohd Shahid, Pengarah Harta Baitulmal, MAIS.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah bagi bertukar pendapat serta membincangkan usahasama yang boleh dibangunkan bersama di antara MAIS dan Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Turut diadakan pada hari ini penyampaian sijil Kursus Perancangan dan Pewarisan Harta Islam kepada Lembaga Tabung Haji Malaysia.

MAIS menyediakan perkhidmatan pengurusan harta selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 yang memberi tumpuan untuk meningkatkan sosio ekonomi ummah di Negeri Selangor.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6687″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6688″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor