PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

RM39,000 DISUMBANG KEPADA 390 PENERIMA FIDYAH SEPANG DAN KUALA LANGAT


10 Disember 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan set barangan kering melibatkan daerah Sepang dan Kuala Langat melalui peruntukan fidyah MAIS.

Alhamdulillah, MAIS telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 390 orang penerima yang layak di daerah Sepang dan Kuala Langat dengan nilai sumbangan berjumlah RM39,000.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang dan PPD Kuala Langat.

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100.

Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang terkesan dalam tempoh PKP.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Berita MAIS

Comments are disabled.