[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU SELANGOR 13 Disember 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyalurkan bantuan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan. Kali ini, seramai 465 keluarga di sekitar Hulu Selangor menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM46,500.00.

Bagi melancarkan pengagihan sumbangan, 5 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada SRA Bandar Country Homes dan Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) bagi membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenalpasti.

Daripada 465 keluarga itu, seramai 6 adalah SRA Bandar Country Homes, 255 dari Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP) Sungai Choh, 77 dari UTSP Kuala Kubu Baharu, 40 dari USTP Kalumpang dan 87 dari USTP Soeharto.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada RSAFM yang banyak membantu dalam mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan terutamanya di kala PKP ini.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6712″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6714″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6713″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6715″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor