[vc_row][vc_column][vc_column_text]22 Disember 2021 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah menerima sumbangan pasca banjir Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Perlis Volunteer Action Community (PVAC).

Jutaan terima kasih buat MAIPs dan PVAC atas sumbangan yang diberikan.

Sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti 200 kotak makanan, 750 helai kain batik, 240 kain telekung, dan 115 lapik tidur.

Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS telah sudi hadir mewakili MAIS menerima sumbangan yang disampaikan oleh Hazam Ismail, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis diiringi oleh Yuslefaizal Ismail, Kordinator MAIPs untuk misi bantuan banjir MAIPs.

Hadir sama ialah Haji Saipolyazan Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS.

Penyerahan sumbangan ini juga mendapat kerjasama daripada Masjid As-Salam, Puchong.

Insya-Allah, pihak MAIS akan mengagihkan barangan keperluan ini kepada mereka yang terjejas banjir dengan kerjasama agensi dan anak syarikat MAIS serta Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang berkaitan.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MAIPs.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6815″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6816″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor