[vc_row][vc_column][vc_column_text]JERAM 26 Disember 2021 – Aktiviti pasca banjir Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diteruskan dengan program membersihkan sekolah di KAFAI Parit Mahang, Jeram yang terkesan banjir besar pada 17 Disember lalu yang hampir melibatkan lima blok sekolah ditenggelami air.

Pembersihan ini diketuai oleh Setiausaha, MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar telah selesai dilakukan pada 26 Disember dengan kerjasama Skuad Prihatin MAIS (SPM), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang melibatkan lebih 100 orang anggota sukaelawan.

Rasa terharu dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dengan komitmen ini diucapkan Ustaz Hainurin Samsuah, Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) Kuala Selangor mewakili KAFAI Parit Mahang ketika ditemui di sini.

Beliau turut menyatakan rasa sangat gembira dan terima kasih serta berbesar hati diatas kehadiran MAIS dan rakan-rakan dari negeri lain serta PIBK yang bersama hari ini.

“Walaupun kami menerima ujian ini, namun dengan kehadiran MAIS, MAINPP, ZPP dan sukarelawan hari ini, dapat kami rasai sokongan daripada pelbagai pihak dan dapat meringkan ujian ini. Terima kasih kasih tidak terhingga kepada semua yang banyak membantu,” ujarnya.

“Sekolah ini telah seminggu ditenggelami air dan alhamdulillah semakin surut dan kering. Bilik darjah yang kering bolehlah dibersihkan hari ini dan yang masih ditenggelami air akan kami cuba bersihkan secara perperingkat. Kami memang mengharapkan bantuan sukarelawan membersihkan sekolah ini memandangkan kawasan sekolah ini luas,” ujarnya.

Program setengah hari ini turut disertai oleh Ketua Peqawai Eksekutif ZPP, En. Amran Hazali serta pengurusan tertinggi MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6880″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6881″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor