PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA 2000 KOTAK BARANGAN KEPERLUAN ASAS DARI MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR – Ringankan Mangsa Banjir


SHAH ALAM 25 Disember 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima sumbangan 2000 kotak barangan keperluan asas daripada Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) yang disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifly Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ bagi diagihkan kepada mangsa banjir di Selangor untuk meringankan bebanan mangsa banjir.

Delegasi ini disambut mesra oleh Cik Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS bersama Skuad Prihatin MAIS (SPM) di sini hari ini.

Terima kasih kepada pihak MAINJ kerana sudi memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Selangor ini. Beliau juga melahirkan rasa terharu dengan keperihatinan Majlis Agama Islam Negeri terhadap Selangor yang ditimpa musibah banjir besar.

Barangan yang diberikan kepada pihak MAIS ini akan diagihkan segera kepada mereka yang terjejas akibat banjir ini dengan kerjasama agensi dan anak syarikat MAIS serta Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang berkaitan.

Kehadiran MAINJ bersama 37 anggota, melancarkan penyusunan kotak barangan keperluan asas ini yang turut dibantu oleh 20 orang anggota SPM.

MANJ turut menziarahi mangsa banjir di Masjid Taman Sri Muda, Shah Alam dan kawasan sekitar Seksyen 25, Shah Alam bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir sambil menyerahkan bantuan kepada mereka.

Turut Hadir En. Zaharudin bin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS, Pn. Norlaili binti Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang MAIS dan En. Md Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Berita MAIS

Comments are disabled.