[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 30 Disember 2021 – Alhamdulillah, di hari Khamis malam Jumaat ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima sumbangan dari Ikhlas. Com Travel Sdn Bhd.

Sumbangan yang diberi berupa 270 set lapik tidur dan bantal untuk diagihkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat banjir terutamanya kepada mereka yang terjejas teruk.

YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS hadir menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nor Effendi bin Yahya, Ketua Komersial, Ikhlas. Com Travel Sdn Bhd.

Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ikhlas. Com Travel Sdn Bhd atas sumbangan yang diberikan. Insya-Allah, pihak MAIS akan mengagihkan barangan keperluan ini kepada mereka yang terjejas banjir dengan kerjasama agensi dan anak syarikat MAIS serta Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang berkaitan.

Tuan Mohd Nor Effendi bin Yahya mengucapkan terima kasih memberi peluang kepada Ikhlas. Com Travel Sdn Bhd untuk Bersama membantu mangsa banjir melalui MAIS.

“Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan Ikhlas. Com Travel Sdn Bhd,”katanya.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6899″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6900″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor