[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 24 Disember 2021 – Alhamdulillah, hari Jumaat yang mulia ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima sumbangan pasca banjir Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Sumbangan berupa barangan keperluan asas iaitu 12 ribu kampit beras (5kg), 750 botol kicap dan sos.

Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS hadir menerima sumbangan yang disampaikan oleh Dato’ Sheikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.

“Jutaan terima kasih buat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) atas sumbangan yang diberikan. Insya-Allah, pihak MAIS akan mengagihkan barangan keperluan ini kepada mereka yang terjejas banjir dengan kerjasama agensi dan anak syarikat MAIS serta Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang berkaitan,” ujar beliau.

“Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan LZNK,”katanya.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6860″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6862″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6861″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6863″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor