[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 30 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima sumbangan pasca banjir dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM3 juta di sini hari ini khusus untuk membantu membina rumah mangsa banjir di Selangor daripada kalangan asnaf zakat.

Delegasi disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Dalam ucapannya beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada MAWIP atas sumbangan yang diberikan.

“Terima kasih kepada pihak MAIWP kerana turut menyumbang kepada mangsa banjir di Selangor. Begitu juga kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri lain yang perihatinan terhadap mangsa banjir di Selangor.”

“Sumbangan yang diberikan kepada pihak MAIS ini akan disalurkan kepada mereka yang terjejas akibat banjir dengan kerjasama agensi dan anak syarikat MAIS mengikut syarat dan ketetapan yang bersesuaian,” ujar beliau lagi.

Deligasi MAIWP diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP bersama 12 anggotanya yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi MAIWP.

Turut hadir Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, Sahibul Fadhilah Al-‘Alim Al-‘Arif Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid , Anggota MAIS, YAD Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, En. Saipolyazan bin Mat Yusop Ketua Pegawai Eksekutif LZS dan Ustaz Hidayat Abd Rani, Penolong Unit Korporat JAIS.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MAIWP.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6894″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6895″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor