[vc_row][vc_column][vc_column_text]KUALA SELANGOR 23 Disember 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan set barangan kering melibatkan daerah Kuala Selangor melalui peruntukan fidyah MAIS.

Alhamdulillah, MAIS telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 373 orang penerima yang layak di daerah Kuala Selangor dengan nilai sumbangan berjumlah RM37,300.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS).

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100.

Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang terkesan dalam tempoh PKP.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi

http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6852″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6854″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6853″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6855″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor