MAIS MENERUSKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI NEGERI SELANGOR – Tujuh Kawasan Banjir di Sekitar Sg Kandis di Ziarahi

MAIS MENERUSKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI NEGERI SELANGOR – Tujuh Kawasan Banjir di Sekitar Sg Kandis di Ziarahi

1 1

 

KLANG 30 Disember 2021  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama YB Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Anggota MAIS telah menghadiri program Jelajah Prihatin Exco Agama Islam Selangor dalam mengedarkan bakul makanan asas dan set lapik tidur kepada mangsa banjir yang terkesan di Negeri Selangor.

 

Antara lokasi yang dituju ialah Balairaya MPKK Johan Setia, Dewan MPKK Kg. Jalan Kebun, Surau Nurul Iman, Masjid Himmatul Aliyah Kg. Seri Gambut, Rumah Ketua Kg Sg. Kandis, Rumah Ketua Kg Telok Menegun dan Dewan Serbaguna Kg Jawa.

Makanan asasi yang diberikan ialah beras, tepung, gula, minyak dan set toto. Barangan kering merupakan sumbangan daripada Zakat Pulau Pinang, manakala set lapik tidur pula sumbangan daripada Ikhlas Com Travel Sdn Bhd. Jumlah keseluruhan sumbangan makanan asasi yang diberikan ialah 1,001 set dan set toto pula sebanyak 270 set.

Salah seorang penerima bantuan di Jalan Kebun yang rumahnya turut ditenggelami air merasa sangat teruja dengan sumbangan yang diberikan serta kunjungan daripada pihak MAIS ini.

Turut hadir dalam program ini ialah Ustaz Suhaimi Ismail – Pengarah Pembangunan Sosial, Encik Zaharudin Salim – Ketua Audit Dalam dan beberapa wakil Ketua Kampung yang terlibat dalam penyerahan sumbangan ini.

 
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor