YIDE KERJASAMA MAIS AGIH BANTUAN MANGSA BANJIR

YIDE KERJASAMA MAIS AGIH BANTUAN MANGSA BANJIR

1 4

 

Shah Alam, 31 Disember 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) salur bantuan kepada Mangsa banjir pagi tadi di Kg. Batu 3, Shah Alam

 

Menurut Md. Arifin Bin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan & Publisiti YIDE agihan sumbangan hari ini dilaksanakan oleh MAIS dengan menyerahkan 200 set toto beserta selimut dan juga kotak makanan serta beras.

“Ujar beliau lagi YIDE akan terus bekerjasama dengan MAIS dalam misi bantuan sumbangan kepada mangsa banjir di Negeri Selangor ini.”

“Hari ini juga kami dibawa untuk melihat dengan lebih dekat rumah yang ditengalami air bah dan dalam pertemuan dengan beberapa penduduk, walaupun masih bersedih, namun mereka redho dengan ujian daripada Allah S. W. T” kata beliau dalam satu kenyataan.

Mewakili MAIS bagi menyerahkan sumbangan YBhg. Tan Sri Hashim bin Meon, Anggota MAIS kepada wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung – MPKK Batu 3 Shah Alam.

Turut hadir bersama Suhaimi Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS dan Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS.

YIDE merupakan sebuah anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim di Negeri Selangor dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor

Sumber: Yayasan Islam Darul Ehsan – YIDE

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor