MAIS SUMBANG RM50 RIBU UNTUK TABUNG DANA WAKAF AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PASCA BANJIR)

MAIS SUMBANG RM50 RIBU UNTUK TABUNG DANA WAKAF AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PASCA BANJIR)

269617469 5020187124682543 8410447426881131039 n

 

SHAH ALAM, 5 Januari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyampaikan sumbangan sejumlah RM50,000.00 untuk tujuan dana wakaf Al-Quran Negeri Selangor (Pasca Banjir).

Tabung Dana Wakaf Al-Quran ini diwujudkan selepas kedudukan terakhir data di bawah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi pelupusan Al-Quran dan berdasarkan data terkini sekolah dan institusi tahfiz yang terjejas akibat banjir di Negeri Selangor.

Sumbangan MAIS melalui sumber baitulmal ini dapat memberi manfaat kepada masjid, surau, sekolah dan maahad tahfiz yang terkesan akibat banjir. Selain MAIS, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor turut berkenan menyumbang bagi tujuan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, hari ini sebanyak 14 pewakaf termasuk MAIS telah menyumbang dana wakaf Al-Quran dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh Sahibus Saadah Dato’ Mohd Shazihan bin Ahmad, Pengarah JAIS hari ini.

Masyarakat awam yang ingin menyumbang ke Dana Wakaf Al-Quran melalui akaun seperti berikut:

Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor, Maybank Islamic Berhad : 562106718620

 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor