PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS, JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT LAWAT MANGSA BANJIR SUNGAI LUI – Agih bantuan barangan elektrik dan dana kewangan berjumlah RM32,150.00 dalam Program Tautan Kasih MAIS


HULU LANGAT , 8 Januari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), hari ini menyampaikan bantuan keperluan elektrik dan dana kewangan berjumlah keseluruhan RM32,150.00 kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Kampung Sungai Lui dalam Program Tautan Kasih MAIS dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat.

Daripada RM32,150.00, sebanyak RM28,150.00 diperuntukkan bagi keperluan barangan elektrik dan dana kewangan berjumlah RM4,000.00 kepada masjid-masjid yang terjejas.

Penerima sumbangan masjid terdiri dari Masjid Ar-Rahman dan Masjid Kariah Kg Jawa masing-masing menerima sumbangan dana berjumlah RM2,000.00.

Sebanyak 250 set barangan elektrik seperti periuk nasi elektrik, cerek elektrik dan set dapur diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Simbolik penyerahan sumbangan disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS di sini hari ini.

Sementara itu, Program Tautan Kasih MAIS mendapat kerjasama dari Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Lui bertujuan untuk membantu membersihkan kawasan banjir di samping menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dengan musibah.

Selain itu, dalam program ini juga turut diadakan gotong royong yang dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan MAIS,Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam, Agensi dan Anak Syarikat bagi membersihkan kawasan banjir terutama di Masjid Ar-Rahman.

Di akhir program turut diadakan penyerahan sumbangan kotak makanan asas kepada lima buah rumah mangsa banjir yang terjejas.

Hadir sama ialah YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/ Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota MAIS dan Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Anggota MAIS.

Turut hadir juga ialah SS Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS dan Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.