PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

YBHG PROF MADYA DATO’ DR MOHD FARID RAVI BIN ABDULLAH DILANTIK SEBAGAI REKTOR/KETUA EKSEKUTIF KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)


Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil. 5/2021 yang bersidang pada 8 Disember 2021 telah bersetuju melantik YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah sebagai Rektor/Ketua Eksekutif KUIS yang ke-5 berkuat kuasa mulai 1hb Januari 2022.

Pelantikan YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi sebagai Rektor adalah berdasarkan kepada keupayaan, pencapaian dan pengalaman beliau semasa memegang jawatan-jawatan pentadbiran dan akademik di pelbagai peringkat sejak tahun 2000. Di peringkat KUIS, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, pensyarah dan eksekutif Pusat Islam, pengarah Institut Kajian Hadis dan Akidah, pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi dan pengarah Pusat Pengajian Siswazah.

YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi turut dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada tahun 2019, Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada tahun 2020 dan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada tahun 2021. Beliau juga aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan serta mempunyai program sendiri di kaca televisyen dan di media sosial.

YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi dilahirkan pada 28 November 1971 di Kuala Lumpur telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Al-Bayt University, Jordan dan Ijazah Sarjana Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Tafsir & Ulum Al-Quran dari University of Jordan pada tahun 2015.

MAIS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi di atas pelantikan ini. Semoga dapat menyumbang kepada kesinambungan pencapaian kecemerlangan KUIS dalam merealisasikan hasrat sebagai universiti penuh dan Universiti Wakaf pertama di negara ini.

Terima kasih.

Berita MAIS

Comments are disabled.