PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERUS BANTU MANGSA BANJIR YANG TERJEJAS – AGIH SUMBANGAN RM57,600.00 KEPADA MANGSA BANJIR DI KUALA SELANGOR


KUALA SELANGOR 5 Februari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus membantu mangsa banjir yang terjejas terutama di Kampung Asahan, Kampung Tangjung Siam dan Kampung Parit Mahang, Kuala Selangor.

Sumbangan berupa 576 set makanan asasi, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM57,600.00 diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, bantuan yang diagihkan adalah hasil sumbangan Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Majlis Agama Islam Sabah.

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS kepada Tuan Haji Zakaria Jakrik, Timbalan Nazir Masjid Nurul Huda, Kg Parit Mahang.

Turut mengagihkan sumbangan ialah Ustaz Mohd Romzi bin Abdullah Sani kepada En Ahmad bin Gemuk, Ketua Kampung Asahan Kuala Selangor dan En Ahmad Firdaus bin Abdullah, Ketua Kampung Tanjung Siam Kuala Selangor.

Bagi penyerahan sumbangan di Masjid Nurul Huda Kg Parit Mahang, Tn Hj Zakaria Jakrik berkata, beliau menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas sumbangan yang diberikan.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Berita MAIS

Comments are disabled.