PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

WARIS BERSYUKUR ARWAH SUAMI ADA MENINGGALKAN WASIAT


SHAH ALAM 5 Februari 2022 – Alhamdulillah, telah berlangsungnya sesi pembacaan wasiat oleh pegawai kami Ust Mohd Fadhil bin Said, Eksekutif Teknikal, Unit Operasi, Bahagian Harta Baitulmal MAIS bersama waris-waris iaitu isteri dan seorang anak lelaki di kediaman mereka di Seksyen 9 Shah Alam.

Pewasiat (si mati) telah meninggal dunia pada 26 Jan 2022 yang lalu. Dalam sesi tersebut, waris-waris telah bersetuju dengan wasiat si mati untuk menyerahkan 1/3 bahagian harta alih berupa wang simpanan di bank dan saham-saham kepada MAIS sebagai wakaf am. Manakala harta alih berupa ASB diserahkan kepada Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9 sebanyak 1/3 bahagian. Baki sebanyak 2/3 harta alih diserahkan kepada anak lelaki.

Selain itu, persetujuan lain turut direkodkan iaitu harta tak alih berupa dua buah rumah dan sebidang tanah di Rompin, Pahang diserahkan semua bahagian kepada isteri si mati.

Waris-waris bersyukur si mati semasa hayatnya telah membuat wasiat di MAIS supaya harta pusakanya diuruskan, dan melaksanakan hasrat wakaf si mati untuk bekalan di alam kubur.

Pihak Baitulmal MAIS khususnya akan melaksanakan proses pembahagian wasiat dan harta pusaka si mati seperti yang telah dipersetujui.

Berita MAIS

Comments are disabled.