KUNJUNGAN HORMAT KEPADA AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)

4 1

 

 

SHAH ALAM , 14 Februari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput hadir untuk mengiringi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi kunjungan hormat kepada Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

MAIS diwakili Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal dan Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS telah hadir bagi mengiringi Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR.

Delegasi disambut mesra oleh Datuk Dr Yacob Mustafa, Akauntan Negara Malaysia.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Encik Ruzman Ramli, Pengarah Bahagian Baitulmal JAWHAR bersama Pegawai Bahagian Baitulmal JAWHAR.

Tujuan kunjungan hormat adalah untuk berbincang serta mendapat pandangan terhadap beberapa perkara berhubung wang tak dituntut (WTD) yang berkait dengan Baitulmal/MAIN.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor