PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

KUNJUNGAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) KE MAIS, ERAT HUBUNGAN


SHAH ALAM 15 Februari 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Cawangan Shah Alam diketuai Puan Wan Rabi’atul Adawiah Hussain, Pengarah Unit LHDNM.

Kunjungan disambut mesra oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.

Lawatan ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat di antara LHDNM dan MAIS, agensi serta anak syarikat MAIS.

Hadir sama mewakili MAIS ialah  Puan Norzaihan Mohd Zain, Pengarah Kewangan, Puan Rohana Hassan, Pengarah Khidmat Pengurusan dan wakil pengurusan agensi dan anak syarikat MAIS.

Terima kasih kepada LHDNM, Cawangan Shah Alam yang telah membuat kunjungan ke MAIS.

Semoga kerjasama erat yang lebih padu dan utuh dapat dilaksanakan di masa hadapan.

Berita MAIS

Comments are disabled.