[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM , 1 Mac 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah melancarkan Kempen Fidyah Negeri Selangor dalam Webinar Lunaskan Fidyah – Kewajipan Yang Sering Dilupakan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kewajipan ini.

Bagi tahun 2021, MAIS bersama Lembaga Zakat Selangor iaitu ejen kutipan fidyah MAIS telah menggiatkan pelbagai program dakwah dan kesedaran berkaitan kewajipan melunaskan fidyah. Hasil usaha dakwah berpanjangan berkaitan fidyah ini, sebanyak RM9.8 juta fidyah telah dilunaskan kepada MAIS berbanding sasaran RM7 juta bagi tahun 2021. Hasil kutipan fidyah ini sebanyak RM8.1 telah diagihkan kepada mereka yang layak.

Manakala bagi tahun 2022 ini, MAIS mensasarkan jumlah kutipan fidyah adalah sebanyak RM8.5 juta.

Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk mentadbir Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, MAIS melalui Sektor Baitulmal komited untuk memberikan perkhidmatan pengurusan harta orang Islam yang berkualiti bagi manfaat umat Islam dalam negeri Selangor.

MAIS ingin mengajak masyarakat untuk celik, cakna dan memahami maksud fidyah atau Qada’ puasa sebagaimana yang di tuntut dalam hukum syarak. Kempen ini akan berlansung mulai 1 Mac hingga 25 Mac 2022.

Pelbagai program telah diatur sepanjang kempen ini antaranya sesi Webinar Lunaskan Fidyah pada 1 Mac 2022, Forum Fidyah di Masjid Cahaya Iman Bandar Country Home, Rawang pada 2 Mac 202 dan Sembang Santai Fidyah di Facebook MAIS sebanyak 3 episod iaitu pada 8, 15 dan 22 Mac 2022 jam 9.30 pagi.

Perasmian Kempen Fidyah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Nurhani Salwa Binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) yang disiarkan secara langsung di Facebook Majlis Agama Islam Selangor di sini hari ini.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan Fidyah, boleh dibuat menerusi link https://www.mais.gov.my/fidyah atau maklumat lanjut berhubung perkhidmatan fidyah boleh didapati di laman web MAIS di www.mais.gov.my.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”7220″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”7222″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor