PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS Sertai Program Ekspo Industri Halal Selangor – 4 Mac sehingga 6 Mac 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam SACC


SHAH ALAM 4 Mac 2022 – Bermula hari ini sehingga 6 Mac 2022, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyertai Program Ekspo Industri Halal Selangor anjuran Selangor International Halal Convention (SELHAC).

Dalam program ini, MAIS melalui Bahagian Harta Baitulmal telah membuka kaunter informasi berkaitan pengurusan harta baitulmal bertujuan memberi peluang kepada pengunjung yang datang untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan.

Orang ramai dipelawa hadir untuk memperoleh pelbagai maklumat berkaitan pengurusan wasiat, hibah, harta pusaka, faraid, fidyah, harta luqatah dan wang syubhah, bolehlah datang ke booth MAIS bernombor 094 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dari pukul 10.00 pagi sehingga 9.30 malam.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS dan Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS.

SELHAC adalah program yang melibatkan forum, ekspo dan perniagaan yang turut disertai pemain industri dari dalam dan luar negara.

Turut serta pempamer ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), anak syarikat MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.