PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIP


SHAH ALAM 11 Mac 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Delegasi seramai tiga orang diketuai oleh Tuan Haji Izhar Ahmad, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Harta MUIP bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan wasiat dan hibah yang dilaksanakan di MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.

Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dari MUIP dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.

“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam,”katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril juga turut berkongsi maklumat pengurusan baitulmal MAIS kepada delegasi MUIP.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MUIP.

Berita MAIS

Comments are disabled.