QUEER: APA YANG PATUT DIKETAHUI DAN DIJAUHI

QUEER: APA YANG PATUT DIKETAHUI DAN DIJAUHI

a31
Sumber: britannica.com Queer ini mula digunakan untuk mengambarkan perbezaan tarikan seksualiti.

AKHIR-AKHIR ini, antara isu yang kerap kita dengar adalah mengenai hubungan sejenis yang merangkumi semua gender sama ada lelaki mahu pun perempuan.

Lesbian, gay, biseksual dan transgender atau sebagai LGBT ini semakin menjadi satu trend yang perlu diambil berat.

Apabila seseorang mempunyai kecelaruan personaliti, kecenderungan seks yang kompleks menjurus kepada fenomena ini yang semakin ketara dan membimbangkan.

Terkini, terdapat satu lagi istilah yang agak janggal dan jarang kita dengar dikaitkan dengan LGBT iaitu ‘queer’. Apa itu Queer? Queer sebagai golongan yang “tidak straight”.

Queer juga menjelaskan seksual orientasi seseorang itu bergantung kepada tarikan seksual mereka dan tidak hanya khusus kepada heterosexual atau biseksual.

Pada akhir  abad ke 19 di Amerika Syarikat perkataan Queer ini mula digunakan untuk mengambarkan perbezaan tarikan seksualiti .

Queer adalah istilah generik atau lebih tepat payung. yang termasuk golongan gay, lesbian, biseksual, dan transgender . Queer ini juga dianggap sebagai golongan yang abnormal.

Queer adalah lebih mirip dengan panseksual. Queer atau non binary adalah orientasi seksual yang mana golongan ini mudah tertarik dengan semua golongan berdasarkan personaliti gender mereka, tarikan emosi dan menjurus kepada hubungan seks sama ada dalam kalangan golongan gay, lesbian, biseksual atau transgender.

Nampak pelik tapi inilah yang berlaku! Komuniti Queer juga semakin dikenali disebabkan pengaruh sosial media yang banyak mempengaruhi golongan Queer ini.

Salah satu cara yang sering dilakukan Queer gemar mewarnakan rambut mereka dengan warna yang terang.

Kaedah ini memudahkan mereka mengenali antara satu sama lain.  Pada 2017 di media GLAAD Amerika Syarikat mendapati 20% golongan diantara umur 18 hingga 34 tahun di kenal pasti sebagai LGBTQ  dan trend LGBTQ semakin menular keseluruh dunia. Apatah lagi di barat amalan kebebasan amat dititik beratkan.

Atau sering disebut golongan ‘straight’ dan Homoseksual pula seseorang yang mempunyai orieantasi seksual dikalangan jantina yang sama ‘tidak straight’  dan mereka ini tergolong dalam kategori Queer dan LGBT.

Bagaimana sekiranya ada dikalangan keluarga kita yang turut terjebak dikalangan Queer dan LGBT ini?

Bagaimanakah membawa golongan ini kembali kepada fitrah asal mereka? Sokongan ahli keluarga amat penting dalam aspek ini.

Mendekati golongan Queer dan LGBT dengan memberikan  bimbingan dan sokongan moral perlu dilakukan. Golongan ini tidak boleh disisihkan. Peranan NGO , jabatan agama islam dan masyarakat amat perlu untuk membantu mereka ini.

Didikan agama dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada usia muda mampu membendung masalah ini menular dikalangan mereka. Selain itu menghadiri kelas agama, dan seminar kesedaran dan kesihatan juga perlu dilakukan.

Walaupun belum ada lagi kajian khusus bagaimana semua kecelaruan ini terjadi namun yang pastinya pengetahuan agama yang cetek dan tidak mengamalkan kehidupan Islam yang sebenar adalah penyebab utama seseorang itu boleh terjebak sebagai queer.

Faktor genetik dan hormon serta cara pergaulan juga mampu mempengaruhi seseorang itu untuk menjadi golongan LGBT ini atau pun Queer. Walau bagaimanapun, semua ini masih lagi belum dapat dikenal pasti secara khusus.

Terdapat pandangan yang mengatakan, mereka yang semasa kecilnya mempunyai adik-beradik lelaki akan menjerumuskan mereka kepada menyukai lelaki apabila dewasa ataupun trauma semasa kecil seperti dicabul atau melihat kelakuan yang tidak senonoh di kalangan ahli keluarga yang lain.

a32
Sentiasa menjaga kewajipan sebagai seorang Islam agar terhinda dari terpesong

Cara hidup yang bebas dan tanpa panduan agama yang kukuh memudahkan lagi seseorang itu terjerumus kepada perbuatan sedemikian.

Apatah lagi pada masa kini, sikap kemanusiaan sesama manusia yang semakin terbatas, pengaruh idea yang pelbagai dalam membebaskan minda atau emosi yang kosong juga boleh menjerumuskan seseorang itu melakukan perkara yang salah.

Contohnya sekiranya seseorang itu lahir dari keluarga yang bercerai-berai, tidak ada figura khusus yang memberikan sokongan moral, tidak ada langsung pendedahan soal halal dan haram sudah pastilah memudahkan seseorang itu dengan bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan perkara itu salah atau betul. Sedih bukan?

a33
Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan amat penting dalam Membantu seseorang itu kembali menjadi “straight”.

Kaedah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan bersungguh-sungguh ingin mengubah diri adalah kunci kepada semua persoalan ini.

Pokok pangkalnya, keazaman yang kuat untuk mengubah hidup kembali kepada fitrah adalah segala-galanya.

Adakah kita inginkan pengakhiran yang menyakitkan di alam sana?

Fikirkanlah. Tidak ada satu pun kesilapan yang dilakukan oleh hambanya yang tidak diampunkan oleh Allah SWT sekiranya seseorang itu bersungguh-sungguh memohon keampunan dan bertaubat serta kembali ke pangkal jalan.

  1. Kehidupan di dunia ini sangat rugi jika dibiarkan nafsu memakan diri, apa pun alasan yang menjerumuskan seseorang pada situasi ini, Allah itu maha mengetahui.

Bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan kepada yang telah terbabas. Masih  belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan untuk mendapat redha Allah dalam kehidupan. Allah SWT telah berfirman dalam surah al Baqarah, ayat 160 yang bermaksud-

“Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. “

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor