PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Pembentangan Pengurusan Asnaf Riqab di Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Malaysia – JAKIM, MAIN sambut baik pengurusan asnaf riqab MAIS


17 Mac 2022 – Alhamdulillah, MAIS telah dijemput untuk membentangkan taklimat berkaitan pengurusan asnaf riqab di Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Malaysia anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pembentangan MAIS disampaikan oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

Persidangan turut dihadiri oleh wakil-wakil pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr Sirajuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.

Syukur Alhamdulillah, pihak JAKIM dan MAIN menyambut baik pengurusan asnaf riqab di negeri Selangor.

Menurut undang-undang dan fatwa, asnaf riqab adalah mana-mana orang Islam yang terbelenggu dengan suatu kuasa yang menyekat kebebasan dirinya dan tidak berupaya membebaskan dirinya dari belenggu itu.

Mudah-mudahan pengalaman dan percambahan idea dapat dimanfaatkan bersama di samping dapat memastikan golongan asnaf riqab terus terpelihara.

Berita MAIS

Comments are disabled.