[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 22 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Amanah Raya Berhad (ARB).

Delegasi seramai empat orang diketuai oleh Tuan Ahmad Samsul Bahri bin Abdul Aziz, Pengurus Jabatan Pusaka bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan harta pusaka, wasiat, hibah dan fidyah yang dilaksanakan di MAIS.

Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dari ARB dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.

“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam,”katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril juga turut berkongsi maklumat pengurusan baitulmal MAIS kepada delegasi ARB.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan ARB.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”7293″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”7294″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”7295″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”7296″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor