[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 25 Mac 2022 – Alhamdulillah, hari Jumaat penghulu segala hari di bulan Syaaban, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kehadiran saudara baru iaitu Encik Ho Chak Yeong yang telah melafazkan kalimah syahadah.

Syukur ke hadrat Ilahi, urusan pengislaman dibuat di Bahagian Pendaftaran Muallaf dan PIBK, Kompleks MAIS, Klang dapat disegerakan dengan mudah.

Menurut Encik Ho Chak Yeong, beliau melihat kepada logikal dalam mempraktikkan ajaran Islam adalah menjadi faktor utama untuk memilih agama Islam sebagai agama kehidupannya.

Beliau telah memilih untuk mengekalkan nama asalnya sebagai menunjukkan kepada keluarganya bahawa menukar agama bukan bermakna menukar bangsa dan identiti sebagai seorang yang berbangsa Cina.

Sama-sama kita mendoakan agar Saudara Ho Chak Yeong diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dalam mempelajari Islam dan istiqomah dalam Islam hingga ke akhir hayatnya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengurusan pendaftaran pengIslaman boleh lah melayari laman sesawang rasmi MAIS di www.mais.gov.my.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”7324″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”7325″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor