KLANG, 4 April 2022 – Alhamdulillah, MAIS hari ini telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 230 keluarga yang layak di daerah Klang dan Petaling Jaya dengan nilai sumbangan berjumlah RM23,000.00.
Daripada 230 keluarga itu, adalah penerima bagi daerah Klang seramai 114 keluarga 116 keluarga bagi daerah Petaling Jaya.
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Masjid As-Salam, Puchong dan Surau Abbas, Kampung Delek, Klang
Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100. Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.
Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php