SHAH ALAM 8 April 2022 – Terima kasih kepada Encik Mohd Zahirudin bin Ahmad Penolong Pengurus Sumber Manusia dan barisan pegawai dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas kesudian menerima kehadiran & perkongsian dari Sektor Baitulmal MAIS.
Pihak Baitulmal MAIS yang diwakili oleh Ustaz Mohammad Salleh Bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS dalam sesi tersebut sempat berkongsi maklumat & pengalaman dalam Pengurusan Harta di dalam Islam pagi tadi bertempat di Auditorium PKNS.
Turut hadir bersama adalah Puan Juliana binti Ibrahim Pengurus Perolehan dan Puan Sabrina binti Sulaiman Pengurus Aset.
Mudah-mudahan dengan perkongsian & ukhuwah ini dapat memberi manfaat kepada semua pegawai-pegawai di PKNS.
Rancang & urus harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan tersebut: https://siswa.mais.gov.my untuk berwasiat secara atas talian.