PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SUMBANG RM11.2 JUTA BANTU ASNAF RIQAB


SHAH ALAM, 13 April 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan RM11.2 juta kepada 24 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR) menerusi Bantuan Geran Pemulihan Riqab bagi membantu kebajikan asnaf riqab.

Sumbangan RM11.2 juta itu melibatkan kos program, pengurusan dan penjagaan Rumah Pemulihan Riqab di bawah seliaan MAIS bagi tahun 2022.

Antara RPR yang menerima bantuan ialah Rumah Pemulihan Akhlak Insani, Rumah Solehah, Rumah Bela Insan dan Rumah Perlindungan & Bimbingan Wanita Bayt Rahmah.

MAIS juga turut menyumbang sebanyak RM293,920.00 kepada 1,117 orang asnaf riqab di negeri ini bagi membantu asnaf tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi.

Bantuan yang diagihkan menggunakan peruntukan zakat asnaf riqab.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abd Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS pada Majlis Perasmian Iftar dan Tadarus Perdana Riqab MAIS 2022 di sini hari ini.

Turut hadir, Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Sumbangan bertujuan untuk membantu asnaf riqab yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan bagi menggalakkan mereka kembali ke pangkal jalan.

MAIS berharap bantuan yang diberikan dapat digunakan sebaiknya terutama kepada pengusaha RPR untuk menjalankan tanggungjawab sosial bagi memastikan asnaf tersebut diberi perlindungan sewajarnya.

Berita MAIS

Comments are disabled.