PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PENGERUSI,SETIAUSAHA MAIS TURUN PADANG LAWAT KAUNTER KUPON INFAQ YATIM YIDE


SHAH ALAM, 8 April 2022; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) tahun ini meneruskan tradisi pengedaran Kupon Infaq Yatim YIDE dan telah selesai diedarkan seminggu sebelum Ramadan yang lalu kepada 5 Daerah.

Menurut Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE Antara daerah yang terlibat adalah Klang, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Petaling dan YIDE mengharapkan agar kutipan kupon infaq Yatim YIDE pada tahun ini akan mencapai sasaran awal seperti yang ditetepkan.

“Ujar beliau lagi, hari ini Alhamdulillah Zon Masjid Negeri dibawah daerah Petaling telah menerima lawatan Y.A.D Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan diringi bersama YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.”

“Dalam lawatan tersebut Tan Sri Pengerusi MAIS, menyeru orang ramai untuk menjadikan bulan ramadan sebagai bulan ibadah dan terus menyalurkan infaq kepada anak-anak yatim, masjid-masjid dan yang lain difikirkan sesuai.

Tambah beliau juga, inisiatif yang YIDE bangunkan untuk kutipan Kupon Infaq Yatim YIDE ini adalah salah satu strategik terbaik untuk menggalakan orang awam berinfaq khususnya kepada anak-anak yatim.

Turut hadir melawat kaunter Kupon Infaq Yatim YIDE adalah Y.A.D. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling dan Yang Dimuliakan Dato’ Tengku Ardy Esfandiari bin Tengku Abdul Hamid Shah, Tengku Seri Paduka Shah Bandar, Orang Besar Istana.

Berita MAIS

Comments are disabled.