PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SANTUNI RUMAH PEMULIHAN RIQAB SEKITAR DAERAH HULU LANGAT DALAM BULAN RAMADHAN


Dusun Tua, 12 April 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah mengadakan lawatan ke Rumah Pemulihan Riqab sekitar Daerah Hulu Langat.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab.

Rumah yang terlibat dalam lawatan kali ini ialah Rumah Bela Insan dan Rumah Sahabat.

Dalam lawatan itu juga turut disampaikan sumbangan baju raya dan hamper kuih raya kepada pengusaha Rumah Pemulihan Riqab.

Turur hadir Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar Setiausaha MAIS dan Ahli Lembaga Pelawat Riqab, Dr. Abdul Ghani bin Mohd Hashim.

Objektif lawatan diadakan adalah bagi menyantuni asnaf Riqab di dalam rumah pemulihan Riqab. Selain itu, program ini juga diadakan bagi menyampaikan sumbangan kepada rumah pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.