PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

SETIAUSAHA MAIS TURUT SERTA DALAM MAJLIS CERAPAN HILAL RAMADHAN DI BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR


Bukit Melawati, 1 April 2022 – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yang Berbahagia Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar hari ini turut serta dalam Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1443H di Baitulhilal, Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Najwa bin Mohd Sharif, Pengurus Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor.

Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat Pencerapan Hilal Ramadhan 1443H yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Zambri Zainuddin, Yang diPertua Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor.

Turut hadir dalam program ini adalah Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Setiausaha Kanan Pejabat Exco Agama, Pengarah Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor.

Program ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dalam menentukan anak bulan Ramadhan bagi setiap tahun.

Berita MAIS

Comments are disabled.