PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SANTUNI RUMAH PEMULIHAN RIQAB SEKITAR DAERAH SABAK BERNAM DALAM BULAN RAMADHAN


SABAK BERNAM 15 April 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah mengadakan lawatan ke Rumah Pemulihan Riqab sekitar Daerah Sabak Bernam.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab.

Rumah yang terlibat dalam lawatan kali ini ialah Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, MAIS, Rumah Penawar Desa Manzil dan Rumah Darul Islah.

Dalam lawatan itu juga turut disampaikan sumbangan baju raya dan hamper kuih raya kepada pengusaha Rumah Pemulihan Riqab.

Turut hadir Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Ahli Lembaga Pelawat Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (Pegawai Tadbir Agama Sabak Bernam), Ustaz Mohamed Mekkah bin Baharan@Husin.

Objektif lawatan diadakan adalah bagi menyantuni asnaf Riqab di dalam rumah pemulihan Riqab. Selain itu, program ini juga diadakan bagi menyampaikan sumbangan kepada rumah pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.

Objektif lawatan diadakan adalah bagi menyantuni asnaf Riqab di dalam rumah pemulihan Riqab. Selain itu, program ini juga diadakan bagi menyampaikan sumbangan kepada rumah pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.