PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, BANTU ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan


PAYA JARAS, 20 April 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan RM500,000.00 setiap tahun bagi membantu kebajikan 8,100 anak-anak yatim di Negeri Selangor.

Dana sumbangan diberikan menerusi peruntukkan Baitulmal MAIS kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) selaku anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim sekitar Selangor.

Sebagai sebuah agensi Islam yang bertanggungjawab dalam menyantuni anak yatim, MAIS berharap bantuan yang disumbangkan dapat dimanfaatkan untuk pengurusan rumah anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE di samping dapat memelihara kebajikan dan hal ehwal pengurusan anak yatim di Negeri Selangor.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS pada Majlis Sumbangan Geran Tahunan Anak Yatim Tahun 2022 dan Agihan Bubur Lambuk MAIS bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, MAIS mengagihkan sumbangan sebanyak 600 bekas bubur lambuk kepada empat rumah anak yatim di sekitar Selangor sempena Ramadhan hari ini.

Sumbangan bubur lambuk diagihkan kepada Rumah Kasih Harmoni, Pertubuhan Kebajikan Ehsan As-Shakur, Asrama Anak Yatim Damai dan Rumah Aman Shah Alam. Menariknya lagi, edaran bubur lambuk turut diagihkan kepada masyarakat setempat yang berdekatan.

MAIS juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 110 orang anak-anak yatim melalui peruntukan Baitulmal MAIS bagi meringankan beban di samping menambahkan lagi keceriaan anak-anak yatim dalam menjalani ibadah puasa.

Program bertujuan sebagai inisiatif MAIS untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di samping berkongsi rezeki dengan komuniti setempat terutama kepada penghuni rumah anak yatim.

Program yang diadakan ini dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.

Selain itu, program ini juga mendapat kerjasama dari agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd dan Bakti Suci Holding Sdn Bhd.

Berita MAIS

Comments are disabled.