PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SANTUNI RUMAH PEMULIHAN RIQAB SEKITAR DAERAH HULU SELANGOR DALAM BULAN RAMADHAN – Santuni Asnaf Al-Riqab


HULU SELANGOR, 22 April 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah mengadakan lawatan ke Rumah Pemulihan Riqab sekitar Daerah Hulu Selangor bertujuan menyantuni asnaf Riqab di dalam rumah pemulihan Riqab.

Selain itu, program ini juga diadakan bagi menyampaikan sumbangan kepada rumah pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab.

Rumah yang terlibat dalam lawatan kali ini ialah Rumah Raudhatus Sakinah, Pusat Jagaan Tititan OKU Nur dan Rumah Sinar Kasih.

Dalam lawatan itu juga turut disampaikan sumbangan baju raya dan hamper kuih raya kepada pengusaha Rumah Sinar Kasih.

Turur hadir Ahli Lembaga Pelawat Riqab iaitu Yang Berusaha Dato’ Ali bin Mohamed, Dr. Abdul Ghani bin Mohd Hashim, Tuan Alias bin Jaafar dan Puan Salamah binti Ba’ain.

Dalam majlis ini juga turut diadakan Tazkirah Ihya’ Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran, MAIS dengan tajuk Muhasabah.

Berita MAIS

Comments are disabled.