SHAH ALAM , 22 April 2022- Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah menerima sumbangan 500 hamperbox dari 99 Speedmart untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan sempena sambutan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Insya-Allah, hamperbox tersebut akan diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin yang akan diurus sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Hamperbox bernilai RM40 itu mengandungi barangan seperti corn flakes, santan, biskut, keropok kentang dan air minuman.
Penyerahan simbolik hamperbox disampaikan oleh Encik Yong Eng Kwang, Pengarah Operasi Cawangan 99 Speedmart Sdn Bhd kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.
“Terima kasih diucapkan kepada 99 Speedmart atas keprihatinan untuk turun menyumbang kepada mereka yang memerlukan,”kata Pengerusi MAIS.
Sementara itu, Pengarah Operasi Cawangan 99 Speedmart berharap agar kerjasama program seperti ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.
Hadir sama Encik Zainuddin Johari, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Daerah LZS dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) merupakan sebuah institusi zakat di bawah MAIS yang dipertanggungjawabkan untuk membuat aktiviti kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor.