KAJANG, 27 April 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah mengadakan lawatan ke Rumah Pemulihan Riqab sekitar Daerah Hulu Langat.
Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab.
Rumah yang terlibat dalam lawatan kali ini ialah Pertubuhan Insan Permata Di Sayangi (PINTAS) dan Pertubuhan Usrah Fitrah, Klang.
Dalam lawatan itu juga turut disampaikan sumbangan baju raya dan hamper kuih raya kepada pengusaha Rumah Pemulihan Riqab.
Objektif lawatan diadakan adalah bagi menyantuni asnaf Riqab di dalam rumah pemulihan Riqab. Selain itu, program ini juga diadakan bagi menyampaikan sumbangan kepada rumah pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.