SHAH ALAM 28 April 2022 – Sempena menyambut syawal tidak lama lagi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbang 400 kain pelikat untuk 400 pegawai masjid kariah di seluruh Selangor hari ini.
Sumbangan bernilai RM14,000 diperuntukkan untuk pembelian sebanyak 400 kain pelikat melalui sumber Baitulmal MAIS.
Penerima sumbangan terdiri daripada Pegawai Masjid Kariah seluruh Selangor dikalangan Nazir, Imam, Bilal dan Siak.
Sumbangan disampaikan dalam Majlis Penyampaian Insentif Rahmah Ramadhan anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Selangor di sini hari ini.
Turut hadir, Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.
Hadir sama EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Pengarah JAIS Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad
Dalam majlis yang sama, seramai 2,625 pegawai masjid kariah Selangor dari 375 masjid di seluruh Selangor turut menerima sumbangan RM500 setiap seorang daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI membabitkan peruntukan sebanyak RM1.3 juta.