PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS PERUNTUK DANA RM10,000, BANTU MASYARAKAT ISLAM DI KEMBOJA SEMPENA RAMADHAN 1443 HIJRAH


KEMBOJA, 10 Mei 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memperuntukkan sumbangan berjumlah RM10,000 bagi membantu meringankan beban masyarakat Islam di Kemboja dalam menyambut Ramadhan 1443H yang lalu.

Sumbangan daripada MAIS ini telah diagihkan kepada 70 keluarga fakir miskin Islam di beberapa buah kampung di luar bandar Kemboja. Antara wilayah yang terlibat dalam agihan sumbangan ini ialah Wilayah Kg Cham, Wilayah Tbong Khmum dan Wilayah Kg Chnang.

Dalam pada masa yang sama turut diadakan Majlis Iftar di surau-surau yang terlibat di wilayah pendalaman tersebut.

“Kami di Kemboja sentiasa berdoa semoga Allah SWT memakbulkan semua amalan kebajikan, kesihatan dan ibadah berpuasa kita di beri balasan sebaiknya di dunia dan akhirat nanti. Yang Ikhlas dari masyarakat Islam Kemboja.” Ujar wakil penerima sumbangan ini.

Agihan sumbangan kebajikan ini telah disampikan oleh YB Hj Asyary Aiyob, Timbalan Menteri Kultus dan Agama Kemboja bersama wakil pegawai-pegawai kanan Kerajaan Kemboja.

Berita MAIS

Comments are disabled.